"..Aku Wanita Biasa yang punya hati dan jiwa..Andai aku pernah terluka itu adalah kerana aku sedang di duga oleh TUHAN pencipta semesta.."
..Bersyukurku kepadaNYA kerana mendugaku itu tandanya DIA sayangkan ku..
'aku umpama merpati puteh yang terkurung di sangkar emas,nmun t'kdg aku di biar terbang kese0rangan,tanpa teman & rakan..
'aku umpama seekor merpati,walaupun jinak sukar didekati,terbang kese0rangan bersama sekeping hati yg
sunyi lagi sepi..'
'jika kita kehilangan cinta,pasti ada alasan di sebaliknya..Alasan yg terkadang sukar tuk dimengertikan..Namun percayalah,bhwa ketika Dia m'ambil sesuatu,tlh Dia siapkn sesuatu yg lebih baik utk kita..'
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya.. Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya.. Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa.. Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa.. Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga.. Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa.. Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta.. Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia.. Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya.. Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa.. Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga.. Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana.. Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta.. Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya.. Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya.. Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia.. Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya.. Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga.. Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya.. Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa.. Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti... insya-Allah..AMIN
Jika kamu memancing ikan..
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,hendaklah kamu
Mengambil terus ikan itu..
Jangan sesekali kamu lepaskan ia semula
Kedalam air begitu saja..
Kerana ia akan sakit oleh bisanya ketajaman mata kailmu dan
Mungkin..
Ia akan memderita selagi ia hidup..
Begitu jugalah setelah kamu memberi banyak pengharapan
Kepada seseorang..
Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu..
Menjaga hatinya..
Janganlah kamu terus meninggalkannya
Begitu saja..
Kerana ia akan terluak oleh kenangan bersamamu
Dan
Mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia
Mengingatimu..
Jika kamu menadah air biarlah berpada,jangan
Terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah
Menganggap ia begitu teguh..
Cukuplah sekadar keperluanmu..
Kerana
Apabila sekali ia retak..
Tentu sukar untuk kamu menampalnya semula..
Akhirnya ia di buang..
Sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia
Masih boleh digunakan lagi
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,terimalah seadanya..
Janganlah kamu mengaguminya
Dan janganlah kamu
Menganggapnya begitu istimewa..
Anggaplah ia manusia biasa..
Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah untuk kamu menerimanya..
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkan nya..
Sedangkan jika kamu tahu menilainya..
Boleh jadi hubungan kamu akan
Berterusan hingga ke akhir hayat….percayalah….
Jika kamu memiliki sepinggan nasi..
Yang kamu pasti baik untuk dirimu..
Mengenyangkan, berkhasiat..
Mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan lain
Terlalu ingin mengejar kelazatan..
Kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya
Kamu akan menyesal..
Begitu juga jika kamu telah berjumpa dengan
Seorang insan..
Yang kamu pasti akan membawa kebaikan kepada mu..
Menyayangimu mengasihimu..
Mengapa kamu berlengah cuba memikirkan yang mana terbaik
Sedangkan kamu tahu siapa yang betul-betul kamu sayang
Dan ingin hidup bersamamu diatas dasar cinta dan bukan simpati..
jangan..
Terlalu mengejar kesempurnaan..
Tuesday, September 1, 2009
Current mood: thankful"..Wanita ibarat EPAL.. EPAL yg tak berkualiti amat mudah dan senang diperolehi kerana ia berguguran di tanah....
TapiEPAL yg tak mampu di beli berada di puncak,
susah dipetik, sukar digapai..
Terkadang,EPAL itu risau, kenapa diriku
belum dipetik..??
Lantas ia merendahkan martabatnya dan m'gugurkan dirinya menyembah tanah..Sedangkan ia sebenarnya telahALLAHjadikan begitu tinggi martabatnya hingga tiada siapa yg berani memetiknya..
Hanya pemuda yg benar2 hebat saja yg mampu..
Mungkin bukan di dunia ttp di akhirat..??
Biarlah jodoh bukan di dunia,
asalkan cinta Ilahimengiringinya.."
*..Lpskan kekecewaan lama..bangkitlah dgn azam dan semangat baru..Kita bina bersama tugu cinta dan p'shbtn di atas bahtera kemenangan yang tercipta demi sebuah kejayaan..jgn sesekali kau leraikan ikatan p'shbtn ini..bwalah sentiasa di dlm doamu yang kudus..moga ikatan suci ini sentiasa di dalam rahmat dan keredhaannya agr kita tempuhi kehidupan ini dgn penuh kasih syg dan kebahagiaan yg mengharum wangi..Sematlah sentiasa kenangan suka dan duka antara kita di dlm sebuah liptn sejarah yg bias mewarnai arca kehidupan ini..Sesgghnya x t'nilai erti sebuah p'shbatn tnpa ksh sesama kita hargailah ia selg usia belum merangkak tua.. *
------
"Kecantikan yg di
anugerahi oleh Ilahi
bukanlah utk mempermainkan
hati dan perasaan seseorang..
Tetapi,kecantikan yg di
anugerahi oleh Ilahi adalah
utk menyejukkan mata
yg memandang..Dan kecantikan
yg di anugerahi oleh Ilahi
bukanlah utk di jual beli,
tetapi adalah untuk di syukuri..
Alhamdulilah..
" Hidup ini ibarat roda yg berpusing....
Kdg2 kita dicintai,mencintai,dibenci,membenci..
Tetapi ini semua adalah lumrah kehidupan..Kita X tahu apa perasaan orang lain terhadap kita..Kita sering keliru..Ia membuatkan hati kita resah & gelisah..Kita takut jika mencintai seseorang..Kita akan kehilangan seseorang yg lain.."