" Andaikan aku halal baginya tentu aku akan turun mengusap airmatanya dan membawanya ke tempat yang jauh dari linangan airmata selama-lamanya "

http:// kiranakusayang.blogspot.com

Aku ingin terbang bebas..

Salam Taaruf..

Salam Taaruf..

kata-kata cinta..

Aku tak tahu perjalanan hidupmu terlalu setianya kau pada rahsia apa yang kutahu adalah apa yg kau pamerkan sekarang waktu silammu masih selingkar rahsia tak dapat kuteka apa yang bermain difikiranmu.. Tak pernah kau bercerita tentang sejarah hidupmu kau enggan menjawab pertanyaan ikhlasku membiarkan aku dengan seribu persoalan tanpa jawapan yang pasti aku tak berdaya mendesakmu lagi.. Apa yang hanya kau luahkan hidupmu tak seindah mimpi perjalananmu penuh liku kau tak mahu menoleh lagi pada hari-hari semalam niatmu kini hanya memandang hari esok dan menebus kesilapan lalu membuktikan sesuatu yang jitu.. Tanpa ulasan lanjut kau kembali membisu setiap kali kubertanya latar hidupmu kau hanya geleng kepala apabila kuajukan tentang keluargamu ada airmata bergenang namun kau paksa dirimu bertahan agar ia tak tumpah membasahi pipimu.. Penderitaan terlukis pada wajahmu matamu terpamer kelukaan saat itu aku tahu kau benar-benar menyimpan rahsia dan kau tak ingin membicarakan walau pada sesiapa walau pada diriku..Kini kumengerti aku tak akan bertanya lagi..

Saturday, November 5, 2011

Tak mudah tapi akan terasa indah...

::..TIDAK MUDAH...TAPI AKAN TERASA INDAH..::

Tidak MUDAH tersenyum ketika hati... menangis dan tehiris,,
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari itu adalah sebahagian dari kasih Ilahi,,
Agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita..

Tidak MUDAH bangkit dalam keadaan yang lemah,,
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari bahawa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya,,
Agar kita sentiasa tabah dan kuat..

Tidak MUDAH memberi, ketika diri sendiri dalam kekurangan,,
Tapi akan terasa INDAH ketika kita dapat membahagiakan orang lain,,
Agar diri akan terasa lebih bahagia..

Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan di hina,,
Tapi akan terasa INDAH kalau itu adalah sebahagian daripada penyucian diri...
agar diri kita Ikhlas dalam menggapai redha Ilahi..

Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih bersedih memikirkannya,,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itu adalah permulaan dari kejayaan kita..

Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan,,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh,,
Untuk mengecapi kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai penggantinya..

Tidak MUDAH menghilangkan duka kerana kehilangan,,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari...
Bahwa Tuhan telah meminjamkan kepada kita beberapa saat..

Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera,,
Tapi akan terasa INDAH ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur,,
Dan menyedari itu adalah sebahagian daripada cara Allah menyayangi hambanya...

Seperti Allah menyayangi para Nabi dan Rasul-Nya..-)



●●●▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬●●●▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ●●●▬▬▬▬
♥ Belum TENTU kekasih mu ADALAH suami mu,
♥ Belum TENTU tunang mu ADALAH suami mu,
♥ Belum TENTU lelaki kau puja ADALAH suami mu,
♥ Belum TENTU lelaki kau benci ADALAH suami mu,
... ♥ Belum Tentu lelaki yang kau cintai ADALAH suami mu,

♥ TIADA siapa KETAHUI siapa BAKAL suaminya kerana JODOH telah menjadi RAHSIA ALLAH yang MAHA BIJAKSANA ♥
●●●▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬●●●▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ●●●▬▬▬▬
Begitu juga dengan diriku aku tak tahu siapakah jodohku kelak sebab semua itu adalah rahsia Allah..Tak mudah untuk mencari seorang lelaki yang akan menjadi suamiku kelak kerana kebanyakannya hanya mempermainkan hati dan perasaan ini..Mereka tidak sebenar-benarnya ingin memilikiku sebagai yang sah bagi mereka tetapi hanya mahu mempermainkan aku dengan ungkapan,ucapan yang hanya manis di bibir saja..Selama ini belum ada seorang lelaki pun yang pernah serius dengan diriku..Mereka yang pernah ku temui dulu hanya Pendusta,Penipu,Pembohong (3P)


 

No comments:

Post a Comment

Hal paling kejam yang seseorang lakukan kepada orang lain adalah membiarkannya jatuh cinta,sementara kamu tidak berniat untuk menangkapnya..
Related Posts with Thumbnails

aku

Aku tak tahu perjalanan hidupmu terlalu setianya kau pada rahsia apa yang kutahu adalah apa yg kau pamerkan sekarang waktu silammu masih selingkar rahsia tak dapat kuteka apa yang bermain difikiranmu.. Tak pernah kau bercerita tentang sejarah hidupmu kau enggan menjawab pertanyaan ikhlasku membiarkan aku dengan seribu persoalan tanpa jawapan yang pasti aku tak berdaya mendesakmu lagi.. Apa yang hanya kau luahkan hidupmu tak seindah mimpi perjalananmu penuh liku kau tak mahu menoleh lagi pada hari-hari semalam niatmu kini hanya memandang hari esok dan menebus kesilapan lalu membuktikan sesuatu yang jitu.. Tanpa ulasan lanjut kau kembali membisu setiap kali kubertanya latar hidupmu kau hanya geleng kepala apabila kuajukan tentang keluargamu ada airmata bergenang namun kau paksa dirimu bertahan agar ia tak tumpah membasahi pipimu.. Penderitaan terlukis pada wajahmu matamu terpamer kelukaan saat itu aku tahu kau benar-benar menyimpan rahsia dan kau tak ingin membicarakan walau pada sesiapa walau pada diriku..Kini kumengerti aku tak akan bertanya lagi..

Templates online

Seandainya kita diciptakan untuk menjadi satu,pasti suatu ketika kita akan bertemu.Seandainya kita diciptakan untuk tidak bersatu. Walau dekat selalu kau takkan jadi kepunyaanku.Jangan membenci atau menyalahkan cinta jika kamu sampai terluka kerananya..Cinta yang tulus & suci tidak akan pernah menyakiti jika kita menyikapinya dengan indah pula.. Selangkah kita menghampiriNya seribu langkah DIA menghampiri kita.. berbeza dengan cinta manusia.. semakin kita cuba menjejakinya semakin luas langkahnya meninggalkan kita.. kalau bertaut pun pasti terlerai, kalau terbina mahligai pun pasti bakal dicarinya insan kedua dan seterusnya...