" Andaikan aku halal baginya tentu aku akan turun mengusap airmatanya dan membawanya ke tempat yang jauh dari linangan airmata selama-lamanya "

http:// kiranakusayang.blogspot.com

Aku ingin terbang bebas..

Salam Taaruf..

Salam Taaruf..

kata-kata cinta..

Aku tak tahu perjalanan hidupmu terlalu setianya kau pada rahsia apa yang kutahu adalah apa yg kau pamerkan sekarang waktu silammu masih selingkar rahsia tak dapat kuteka apa yang bermain difikiranmu.. Tak pernah kau bercerita tentang sejarah hidupmu kau enggan menjawab pertanyaan ikhlasku membiarkan aku dengan seribu persoalan tanpa jawapan yang pasti aku tak berdaya mendesakmu lagi.. Apa yang hanya kau luahkan hidupmu tak seindah mimpi perjalananmu penuh liku kau tak mahu menoleh lagi pada hari-hari semalam niatmu kini hanya memandang hari esok dan menebus kesilapan lalu membuktikan sesuatu yang jitu.. Tanpa ulasan lanjut kau kembali membisu setiap kali kubertanya latar hidupmu kau hanya geleng kepala apabila kuajukan tentang keluargamu ada airmata bergenang namun kau paksa dirimu bertahan agar ia tak tumpah membasahi pipimu.. Penderitaan terlukis pada wajahmu matamu terpamer kelukaan saat itu aku tahu kau benar-benar menyimpan rahsia dan kau tak ingin membicarakan walau pada sesiapa walau pada diriku..Kini kumengerti aku tak akan bertanya lagi..

Sunday, November 20, 2011

~✿..BELAJAR TENTANG DIA SETIAP HARI..✿~

~✿..BELAJAR TENTANG DIA SETIAP HARI..✿~
Teman, alangkah pertunangan dan perkahwinan diuji, apatah lagi dengan percintaan. Fasa di mana segalanya bermula..

Awak, ingat lagi kata KUNCI kita berdua?
Kata kunci hati kita berdua..
Awak INGAT lagi?

Masa kita mula-mula kenal,awak cuma nampak permukaan jiwa saya..
Masa mula-mula kita kawan,awak cuma nampak luaran hati saya..
Tapi awak terima dan awak mula tamak..

Awak berdiri di luar hati saya..
Awak ketuk perlahan-lahan..
Awak datang setiap masa,setiap hari..
Awak tanya,BILA agaknya awak dapat masuk ke pintunya..

Awak datang setiap hari sehingga saya kehilangan diri.
Awak marah saya - awak kata saya menyelinap masuk ke dalam hati awak tanpa perlu USAHA..
Saya termangu - saya dalam hati awak,jiwa awak???
Awak merayu - berikan awak kunci,kata laluan atau apa sahaja agar awak BOLEH masuk ke dalam..

Saya berikan awak kata LALUAN..
Awak buka dengan perlahan..
Awak mula berikan sepenuh tumpuan dengan tinggal di situ..
Awak baca setiap HELAIAN manuskrip dalam hati saya..
Lembaran demi lembaran awak baca..

Awak,bila tiba halaman yang sukar untuk DIFAHAMI,mengapa awak BERDIAM DIRI?
Mengapa awak tidak mahu LEBIH MENGERTI?
Mengapa awak tidak mahu bertanya kepada saya,tuan punya diri?

Awak,hati yang awak masuki adalah hati saya..
Kamus yang awak perlukan adalah saya..
Awak,adakah awak masih mahu MEMBACANYA LAGI?
Atau mahu BERPALING PERGI?
Bukan baru hari ini saya KENAL awak..
(Bila saya buka hati saya buat awak..saya bagi awak pegang kuncinya..saya suh awak jaga baik-baik kunci 2..tapi awak jahat..Awak buang kunci 2..Dan awak tinggalkan hati saya macam 2 jer..Kejamnya awak pada saya..Sekarang saya dah buat kunci baru tuk hati saya dan saya kunci ianya supaya awak tak boleh masuk ke dalam hati saya lagi..
Saya kunci ia erat2 dengan diri saya,saya biarkan ia keseorangan..sunyi lagi sepi di satu sudut yang paling dalam,dalam hati saya..Jangan awak berani menghampirinya lagi..saya tak rela dan saya tak sudi..Sekali awak buang hati saya..awak tak akan dapat memilikinya tuk kali ke-2..Itu janji saya..makanya saya tutup rapat2 pintu hati saya buat insan2 di luar sana..sebab saya tak nak ia jumpa lelaki yang macam awak lagi..n0..n0..n0..)
Apa yang saya belajar tentang awak sudah cukup menggambarkan diri awak yang sebenarnya..Awak tak tulus mencintai hati saya..Awak tak benar2 menyanyangi saya..Awak tak sejujurnya mengasihi saya..Awak tak ikhlas tuk setia pada saya seperti saya yang begitu setia pada awak..
..Saya harap saya takkan jumpa lagi lelaki seperti awak..

No comments:

Post a Comment

Hal paling kejam yang seseorang lakukan kepada orang lain adalah membiarkannya jatuh cinta,sementara kamu tidak berniat untuk menangkapnya..
Related Posts with Thumbnails

aku

Aku tak tahu perjalanan hidupmu terlalu setianya kau pada rahsia apa yang kutahu adalah apa yg kau pamerkan sekarang waktu silammu masih selingkar rahsia tak dapat kuteka apa yang bermain difikiranmu.. Tak pernah kau bercerita tentang sejarah hidupmu kau enggan menjawab pertanyaan ikhlasku membiarkan aku dengan seribu persoalan tanpa jawapan yang pasti aku tak berdaya mendesakmu lagi.. Apa yang hanya kau luahkan hidupmu tak seindah mimpi perjalananmu penuh liku kau tak mahu menoleh lagi pada hari-hari semalam niatmu kini hanya memandang hari esok dan menebus kesilapan lalu membuktikan sesuatu yang jitu.. Tanpa ulasan lanjut kau kembali membisu setiap kali kubertanya latar hidupmu kau hanya geleng kepala apabila kuajukan tentang keluargamu ada airmata bergenang namun kau paksa dirimu bertahan agar ia tak tumpah membasahi pipimu.. Penderitaan terlukis pada wajahmu matamu terpamer kelukaan saat itu aku tahu kau benar-benar menyimpan rahsia dan kau tak ingin membicarakan walau pada sesiapa walau pada diriku..Kini kumengerti aku tak akan bertanya lagi..

Templates online

Seandainya kita diciptakan untuk menjadi satu,pasti suatu ketika kita akan bertemu.Seandainya kita diciptakan untuk tidak bersatu. Walau dekat selalu kau takkan jadi kepunyaanku.Jangan membenci atau menyalahkan cinta jika kamu sampai terluka kerananya..Cinta yang tulus & suci tidak akan pernah menyakiti jika kita menyikapinya dengan indah pula.. Selangkah kita menghampiriNya seribu langkah DIA menghampiri kita.. berbeza dengan cinta manusia.. semakin kita cuba menjejakinya semakin luas langkahnya meninggalkan kita.. kalau bertaut pun pasti terlerai, kalau terbina mahligai pun pasti bakal dicarinya insan kedua dan seterusnya...