" Andaikan aku halal baginya tentu aku akan turun mengusap airmatanya dan membawanya ke tempat yang jauh dari linangan airmata selama-lamanya "

http:// kiranakusayang.blogspot.com

Aku ingin terbang bebas..

Salam Taaruf..

Salam Taaruf..

kata-kata cinta..

Aku tak tahu perjalanan hidupmu terlalu setianya kau pada rahsia apa yang kutahu adalah apa yg kau pamerkan sekarang waktu silammu masih selingkar rahsia tak dapat kuteka apa yang bermain difikiranmu.. Tak pernah kau bercerita tentang sejarah hidupmu kau enggan menjawab pertanyaan ikhlasku membiarkan aku dengan seribu persoalan tanpa jawapan yang pasti aku tak berdaya mendesakmu lagi.. Apa yang hanya kau luahkan hidupmu tak seindah mimpi perjalananmu penuh liku kau tak mahu menoleh lagi pada hari-hari semalam niatmu kini hanya memandang hari esok dan menebus kesilapan lalu membuktikan sesuatu yang jitu.. Tanpa ulasan lanjut kau kembali membisu setiap kali kubertanya latar hidupmu kau hanya geleng kepala apabila kuajukan tentang keluargamu ada airmata bergenang namun kau paksa dirimu bertahan agar ia tak tumpah membasahi pipimu.. Penderitaan terlukis pada wajahmu matamu terpamer kelukaan saat itu aku tahu kau benar-benar menyimpan rahsia dan kau tak ingin membicarakan walau pada sesiapa walau pada diriku..Kini kumengerti aku tak akan bertanya lagi..

Wednesday, September 2, 2009

Terima seadanya..Jika kamu...


Jika kamu memancing ikan..
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,hendaklah kamu
Mengambil terus ikan itu..
Jangan sesekali kamu lepaskan ia semula
Kedalam air begitu saja..
Kerana ia akan sakit oleh bisanya ketajaman mata kailmu dan
Mungkin..
Ia akan memderita selagi ia hidup..
Begitu jugalah setelah kamu memberi banyak pengharapan
Kepada seseorang..
Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu..
Menjaga hatinya..
Janganlah kamu terus meninggalkannya
Begitu saja..
Kerana ia akan terluak oleh kenangan bersamamu
Dan
Mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia
Mengingatimu..

Jika kamu menadah air biarlah berpada,jangan
Terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah
Menganggap ia begitu teguh..
Cukuplah sekadar keperluanmu..
Kerana
Apabila sekali ia retak..
Tentu sukar untuk kamu menampalnya semula..
Akhirnya ia di buang..
Sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia
Masih boleh digunakan lagi
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,terimalah seadanya..
Janganlah kamu mengaguminya
Dan janganlah kamu
Menganggapnya begitu istimewa..
Anggaplah ia manusia biasa..
Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah untuk kamu menerimanya..
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkan nya..
Sedangkan jika kamu tahu menilainya..
Boleh jadi hubungan kamu akan
Berterusan hingga ke akhir hayat….percayalah….

Jika kamu memiliki sepinggan nasi..
Yang kamu pasti baik untuk dirimu..
Mengenyangkan, berkhasiat..
Mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan lain
Terlalu ingin mengejar kelazatan..
Kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya
Kamu akan menyesal..
Begitu juga jika kamu telah berjumpa dengan
Seorang insan..
Yang kamu pasti akan membawa kebaikan kepada mu..
Menyayangimu mengasihimu..
Mengapa kamu berlengah cuba memikirkan yang mana terbaik
Sedangkan kamu tahu siapa yang betul-betul kamu sayang
Dan ingin hidup bersamamu diatas dasar cinta dan bukan simpati..
jangan..
Terlalu mengejar kesempurnaan..

No comments:

Post a Comment

Hal paling kejam yang seseorang lakukan kepada orang lain adalah membiarkannya jatuh cinta,sementara kamu tidak berniat untuk menangkapnya..
Related Posts with Thumbnails

aku

Aku tak tahu perjalanan hidupmu terlalu setianya kau pada rahsia apa yang kutahu adalah apa yg kau pamerkan sekarang waktu silammu masih selingkar rahsia tak dapat kuteka apa yang bermain difikiranmu.. Tak pernah kau bercerita tentang sejarah hidupmu kau enggan menjawab pertanyaan ikhlasku membiarkan aku dengan seribu persoalan tanpa jawapan yang pasti aku tak berdaya mendesakmu lagi.. Apa yang hanya kau luahkan hidupmu tak seindah mimpi perjalananmu penuh liku kau tak mahu menoleh lagi pada hari-hari semalam niatmu kini hanya memandang hari esok dan menebus kesilapan lalu membuktikan sesuatu yang jitu.. Tanpa ulasan lanjut kau kembali membisu setiap kali kubertanya latar hidupmu kau hanya geleng kepala apabila kuajukan tentang keluargamu ada airmata bergenang namun kau paksa dirimu bertahan agar ia tak tumpah membasahi pipimu.. Penderitaan terlukis pada wajahmu matamu terpamer kelukaan saat itu aku tahu kau benar-benar menyimpan rahsia dan kau tak ingin membicarakan walau pada sesiapa walau pada diriku..Kini kumengerti aku tak akan bertanya lagi..

Templates online

Seandainya kita diciptakan untuk menjadi satu,pasti suatu ketika kita akan bertemu.Seandainya kita diciptakan untuk tidak bersatu. Walau dekat selalu kau takkan jadi kepunyaanku.Jangan membenci atau menyalahkan cinta jika kamu sampai terluka kerananya..Cinta yang tulus & suci tidak akan pernah menyakiti jika kita menyikapinya dengan indah pula.. Selangkah kita menghampiriNya seribu langkah DIA menghampiri kita.. berbeza dengan cinta manusia.. semakin kita cuba menjejakinya semakin luas langkahnya meninggalkan kita.. kalau bertaut pun pasti terlerai, kalau terbina mahligai pun pasti bakal dicarinya insan kedua dan seterusnya...