" Andaikan aku halal baginya tentu aku akan turun mengusap airmatanya dan membawanya ke tempat yang jauh dari linangan airmata selama-lamanya "

http:// kiranakusayang.blogspot.com

Aku ingin terbang bebas..

Salam Taaruf..

Salam Taaruf..

kata-kata cinta..

Aku tak tahu perjalanan hidupmu terlalu setianya kau pada rahsia apa yang kutahu adalah apa yg kau pamerkan sekarang waktu silammu masih selingkar rahsia tak dapat kuteka apa yang bermain difikiranmu.. Tak pernah kau bercerita tentang sejarah hidupmu kau enggan menjawab pertanyaan ikhlasku membiarkan aku dengan seribu persoalan tanpa jawapan yang pasti aku tak berdaya mendesakmu lagi.. Apa yang hanya kau luahkan hidupmu tak seindah mimpi perjalananmu penuh liku kau tak mahu menoleh lagi pada hari-hari semalam niatmu kini hanya memandang hari esok dan menebus kesilapan lalu membuktikan sesuatu yang jitu.. Tanpa ulasan lanjut kau kembali membisu setiap kali kubertanya latar hidupmu kau hanya geleng kepala apabila kuajukan tentang keluargamu ada airmata bergenang namun kau paksa dirimu bertahan agar ia tak tumpah membasahi pipimu.. Penderitaan terlukis pada wajahmu matamu terpamer kelukaan saat itu aku tahu kau benar-benar menyimpan rahsia dan kau tak ingin membicarakan walau pada sesiapa walau pada diriku..Kini kumengerti aku tak akan bertanya lagi..

Wednesday, October 14, 2009

cukup ALLAH bagiku..


"Tuhan tidak memberi apa yg kita harapkan,tapi Dia memberi apa yg kita perlukan.
Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atasnya Dia sedang mengatur
yang terbaik dalam kehidupan kita.Yakinilah kekuasaan Dia..."


Cukuplah ALLAH bg ku..

Izinkan pena untuk ditarikan, maaf andai ada hati yang tidak mahu menerima kalam-kalam ini. Sekadar berkongsi pada mereka yang mahu, hati ini berdendang walau hanya satu hati yang bangkit itu sudah lebih dari cukup kerana kekuatan itu tidak hadir hanya bertatahkan kalam sepi dari manusia yang jauh dari hati. Kerana, hati ini kepunyaan Tuhan dan Allah juga yang akan mentadbirnya, bisa membolak-balikkan hati manusia.Allah saja yang tahu betapa remuk hati ku ketika ini..Sakit bukan alasannya, barangkali masih terlalu mentah menilai, emosi selalu terganggu dengan kata-kata manusia. Sudahlah sakit menggigit tubuh, lidah tidak bertulang enak melontarkan bahasa.Sakit ada bermacam jenis sakit,ada yang dapat di lihat dengan mata kasar,ada juga yang tidak dapat dilihat tetapi hanya boleh di rasa..
Allahu Rabbi. Siapa aku untuk memilih jalan hidup bagaimana.Siapa aku untuk meminta-minta dari Pencipta, sedangkan setiap aturan Nya sarat dengan hikmah yang menanti masa untuk kita merasa kehadiran rahmat dan betapa Dia kasihkan kita. Hanya menanti hati menjadi lunak dan lembut untuk merasai betapa sayangnya Allah kepada hamba Nya. Menanti dengan penuh harap, moga di hujung jalan gelita ini ada sinar yang bakal menyinari.Ana tidak pernah meminta untuk lahir menjadi seorang yang menyusahkan ibubapa dan keluarga juga insan disekeliling ana. Tidak juga ana meminta diberikan ujian-ujian yang maha berat hanya untuk menyusahkan orang, ana hanya merintih kekuatan dan kesabaran dari Dia. Lama-kelamaan semangat itu hadir apabila menyerah sepenuhnya pada Allah.Allah mengajar ana untuk menahan emosi, ana semakin sabar dan tabah dalam menghadapi hidup ini. Ana menjadi periang dalam menghadapi hari-hari yang terindah, walaupun hari-hari terakhir itu terasa payah dan sarat dengan kenangan,namun ana selalu mengharapkan ianya menjadi hari yang indah sebelum ana pergi meninggalkan dia yang ana sayang dan membuang dia dari kotak ingatan ana,walaupun dia telah lama pergi meninggalkan ana dan membuang ana dari hidupnya,tapi ana harap ana pun boleh berbuat begitu terhadap dia yang ana sayang. Di sebalik mehnah yang Allah hadirkan, ia mentarbiyyah ana erti kasih sayang dan semangat berukhuwah. Allah beri ujian, tetapi Dia tak biarkan ana bersendirian di lautan Nya, Dia titipkan keluarga sebagai wasilah penguat diri.Allah hadiahkan ana kekuatan di sebalik kesulitan. Allah selalu menitipkan kalam nasihat dan semangat tika ana rebah ke bumi. Allah tidak pernah membiarkan ana bersendiri. Setelah melalui hari-hari kritikal yang sarat beremosi, ana semakin positif malah ana melompat ke aras yang lebih jauh.
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.

(Iaitu) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepada Nya.

(Al-Baqarah (2) : Ayat 45-46)

Prolog perjalanan yang dipenuhi dengan rasa sedih, hiba, tiada semangat dan suka menyendiri akhirnya membuatkan ana menjadi seorang yg sensitif. Setelah ramai orang yang ana kenal membuat ana kecewa dan sakit hati akhirnya ada yang berjaya membuatkan hati ana selalu mengalah, jiwa ana tunduk dengan kata-katanya. Alhamdulillah. Walaupun perjalanan mungkin panjang dan melelahkan, akhirnya ana berjaya mengutip serpihan-serpihan hati yang dahulu tercicir dalam perjalanan.Siapakah Dia yang berjaya menambat hati ana tue.Dia adalah Allah SWT..Tuhan pencipta alam semesta ini..Harapan dan berharap kepada Rabbul Izzati, menyerahkan urusan kepada Dia yang Maha Berkuasa, memberi sepenuh hati untuk ditadbir oleh Pemilik hati, berlapang dada dengan ujian, menginsafi diri dan selalu bermunasabah diri bahawa setiap dari apa yang menjadi milik kita bukanlah milik kita, ia hanya pinjaman dari Allah taala. Maka, untuk apa kita menangis dan meratap apabila kehilangan kerana ia memang pinjaman, hakikat meminjam harus kembalikan kepada Pemilik barang tersebut.Ana suka pada kisah Ummu Sulaim, isteri solehah yang melayani suami dengan sebaik-baik layanan setelah pulang ke rumah. Walaupun baru kehilangan anak, tetapi hatinya tetap teguh. Tidak pula dia menerima kepulangan suami dengan masam mencuka dan wajah sugul kerana kematian anak sebaliknya suami dilayan bagai raja.

Abu Talhah yang bertanyakan keadaan anaknya yang ditinggalkan, Ummu Sulaim tetap memberi helah dan akhirnya dialog berlaku antara mereka.

"Apakah pendapat kamu wahai suamiku, kamu meminjam sesuatu kemudian tuannya meminta kembali barang tersebut."

"Sudah pastilah aku akan mengembalikannya kerana ia adalah hak tuannya."

"Anak yang dipinjamkan kepada kita sudah diambil oleh Tuannya."
Abu Talhah yang agak berang terus bertemu Rasulullah s.a.w.. Rasulullah s.a.w. mendoakan moga hubungan yang terjadi antara Abu Talhah dan Ummu Sulaim akan melahirkan zuriat yang soleh..Dan berkat doa dari Rasulullah, mereka dikurniakan 10 anak lelaki yang huffaz al-Quran malah menjadi orang penting dalam sejarah islam.Betapa Ummu Sulaim sangat 'gagah' walau beliau hanyalah seorang wanita yang tidak lari dari emosi. Dari kisah-kisah terdahulu, ada 'ibrah yang banyak hanya tinggal kita saja untuk zikir fikir. Subhanallah! Lalu, ana selalu katakan...

"Semua hanya pinjaman hatta nyawa kita sendiri sebenarnya hanyalah pinjaman dari Allah. Suatu waktu nanti kita mesti kembalikan semula pada Allah, hanya detik waktunya kita tak tahu."

Jadi, untuk apa ana merasa sedih kalau Allah menarik nikmat-nikmat yang manusia kecapi kerana ia hanyalah pinjaman? Dan Dia pinjamkan, pasti sebagai amanah. Amanah itu berat untuk digalas.

Umar Al-Aziz pernah menukilkan kalam indah:
"Setiap apa yang ditarik akan digantikan dengan yang lebih baik. Nikmat yang ditarik digantikan dengan sabar."

Ana selalu jatuh, ana pernah tersungkur, ana rebah tersadung di medan perjuangan tetapi sesekali tidak akan berputus asa kerana ia hanyalah sifat orang kafir. Maka, bertatih harapan, membelai semangat dan mengatur langkah adalah lebih baik untuk memintal kesabaran atas ujian yang Dia hadirkan daripada terus tersadai di lantai kemurungan!


HuwaLLAH!

No comments:

Post a Comment

Hal paling kejam yang seseorang lakukan kepada orang lain adalah membiarkannya jatuh cinta,sementara kamu tidak berniat untuk menangkapnya..
Related Posts with Thumbnails

aku

Aku tak tahu perjalanan hidupmu terlalu setianya kau pada rahsia apa yang kutahu adalah apa yg kau pamerkan sekarang waktu silammu masih selingkar rahsia tak dapat kuteka apa yang bermain difikiranmu.. Tak pernah kau bercerita tentang sejarah hidupmu kau enggan menjawab pertanyaan ikhlasku membiarkan aku dengan seribu persoalan tanpa jawapan yang pasti aku tak berdaya mendesakmu lagi.. Apa yang hanya kau luahkan hidupmu tak seindah mimpi perjalananmu penuh liku kau tak mahu menoleh lagi pada hari-hari semalam niatmu kini hanya memandang hari esok dan menebus kesilapan lalu membuktikan sesuatu yang jitu.. Tanpa ulasan lanjut kau kembali membisu setiap kali kubertanya latar hidupmu kau hanya geleng kepala apabila kuajukan tentang keluargamu ada airmata bergenang namun kau paksa dirimu bertahan agar ia tak tumpah membasahi pipimu.. Penderitaan terlukis pada wajahmu matamu terpamer kelukaan saat itu aku tahu kau benar-benar menyimpan rahsia dan kau tak ingin membicarakan walau pada sesiapa walau pada diriku..Kini kumengerti aku tak akan bertanya lagi..

Templates online

Seandainya kita diciptakan untuk menjadi satu,pasti suatu ketika kita akan bertemu.Seandainya kita diciptakan untuk tidak bersatu. Walau dekat selalu kau takkan jadi kepunyaanku.Jangan membenci atau menyalahkan cinta jika kamu sampai terluka kerananya..Cinta yang tulus & suci tidak akan pernah menyakiti jika kita menyikapinya dengan indah pula.. Selangkah kita menghampiriNya seribu langkah DIA menghampiri kita.. berbeza dengan cinta manusia.. semakin kita cuba menjejakinya semakin luas langkahnya meninggalkan kita.. kalau bertaut pun pasti terlerai, kalau terbina mahligai pun pasti bakal dicarinya insan kedua dan seterusnya...