" Andaikan aku halal baginya tentu aku akan turun mengusap airmatanya dan membawanya ke tempat yang jauh dari linangan airmata selama-lamanya "

http:// kiranakusayang.blogspot.com

Aku ingin terbang bebas..

Salam Taaruf..

Salam Taaruf..

kata-kata cinta..

Aku tak tahu perjalanan hidupmu terlalu setianya kau pada rahsia apa yang kutahu adalah apa yg kau pamerkan sekarang waktu silammu masih selingkar rahsia tak dapat kuteka apa yang bermain difikiranmu.. Tak pernah kau bercerita tentang sejarah hidupmu kau enggan menjawab pertanyaan ikhlasku membiarkan aku dengan seribu persoalan tanpa jawapan yang pasti aku tak berdaya mendesakmu lagi.. Apa yang hanya kau luahkan hidupmu tak seindah mimpi perjalananmu penuh liku kau tak mahu menoleh lagi pada hari-hari semalam niatmu kini hanya memandang hari esok dan menebus kesilapan lalu membuktikan sesuatu yang jitu.. Tanpa ulasan lanjut kau kembali membisu setiap kali kubertanya latar hidupmu kau hanya geleng kepala apabila kuajukan tentang keluargamu ada airmata bergenang namun kau paksa dirimu bertahan agar ia tak tumpah membasahi pipimu.. Penderitaan terlukis pada wajahmu matamu terpamer kelukaan saat itu aku tahu kau benar-benar menyimpan rahsia dan kau tak ingin membicarakan walau pada sesiapa walau pada diriku..Kini kumengerti aku tak akan bertanya lagi..

Tuesday, October 13, 2009

Ketenangan yang ku cari telah ku temui..

~Betapa selama ini aku mencari
Sesuatu yg dpt mengisi
kek0s0ngan di naluri ini
Akhirnya aku temui
Mengisi segala yg diimpi
kekal abadi selamanya di hati~
Seorang anak bertanya kepada ayahnya,”Ayah,bagi saya 7 ringgit boleh?”Kerana kasih kepada anak tidak berbelah bahagi,si ayah menghulur tangannya memberi..Demi memenuhi keinginan anak penuh belas di hati.

“Mak, esok di sekolah saya ada jualan makanan dan minuman. Berilah saya sejumlah wang untuk membelinya.”Sekali lagi pertanyaan diajukan buat si ibu.Kerana belas kasih dari sudut hati si ibu, tangannya menghulur lagi memberi sejumlah wang dengan harapan jasanya dikenang.Namun, hal yang sama berlaku,anaknya berlalu tanpa wajah ibunya dipandang.

Hari-hari terus berlalu.Kehidupan keluarga yang satu ini tetap juga begitu.Setiap hari si anak meminta untuk memenuhi keinginannya, ibu dan bapa tetap memberi tanpa bertanya, keinginan anak jelas terlaksana, tetapi keinginan ibubapanya pula jelas tidak tahu terbang ke mana.

DI KALA ITU

Tatkala fenomena itu berlaku,sekian banyak tangan menadah memohon agar permintaannya dikabulkan…

“Wahai Zat Yang Maha Kuasa…Kau berikanlah rezeki kecemerlangan buatku…Berikanlah yang terbaik buat peperiksaanku..Penentu masa depanku..Penghulu nasib ku…Petunjuk jalan ku….Sesungguhnya tiada lagi tempat untuk aku berteduh selain Engkau…”

“Wahai Tuhan Yang Maha Memberi…Kurniakanlah aku kemurahan rezeki demi mencari sesuap nasi…Tiadalah tempat aku berharap selain Engkau…Aku memohon pada-Mu Ya Allah…”

“Ya Allah…Kurniakanlah aku kekuatan…Untuk menghadapi semua ini….Sesungguhnya aku terlalu lemah untuk berhadapan dengan ujian-Mu…”

Begitu rintihan hamba-Nya memohon permintaan dipenuhi~

KITA DAN DIA

Mungkinkah kita tergolong dari kalangan orang-orang yang merintih memohon agar segala yang perlu untuk kita dipenuhi?Mungkinkah kita juga tergolong dari orang-orang yang pernah merintih kerana satu keinginan.Pastinya “YA” kita tergolong dari hamba-hamba yang berteduh dan berlindung di bawah naungan-Nya.

“Kadang-kadang, ana selalu rasa geram~Sebab apa yang ana minta Allah tak pernah penuhi.Tapi kadang-kadang,ana rasa bersalah sebab ana tak pernah bersyukur dengan apa yang ada.Macam yang selalu katakan~Kesempurnaan pancaindera yang kita ada turut tergolong dari rezeki yang Allah kurniakan.Sebenarnya,bila cakap di sini,baru ana boleh bersyukur tetapi hanya sementara “Masa kita semakin singkat”…Sebab bila renungkan balik memang sedikit sangat amalan ana...

Tersentuh hati apabila membaca rayuan dari hamba Allah yang satu ini…Sambil menyemak emel yang sebenarnya usianya hampir seminggu.Walau dikurniakan pendidikan agama,kemudahan yang banyak,nampaknya masih ada yang tidak terisi dalam hati muslimah ini…Sabarlah,di sini jawapannya nanti…

“Ana selalu berdoa,dan berjanji kepada Allah,jikalau hati ana ini tenang ana akan berusaha untuk jadi orang islam yang baik..Tapi sampai sekarang,hati ana tak tenang jugak~Tolonglah ana…”

Umpama terngiang-ngiang tangisan muslimah ini ditelinga..Rayuannya memaut rasa simpati.Kata-katanya jelas menggambarkan bahawa dia memerlukan bantuan.Demi mengisi satu perkara yang kosong dalam keimanan.

“Teruskan juadah rohani…Basahkan lidah dengan alunan zikir yang indah…Susah dan senang panjatkan kepada Allah..Moga ketenangan yang akak cari dapat ditemui dan seterusnya kekal di hati sebagaimana yang diimpi…”

Setelah membaca kisah muslimah ini, seolah-olah ada satu suara berbisik di hati, bagaikan tahu apa masalahnya sekarang..Jawapan saya, tenggelam dalam cinta dunia tidak menjanjikan kebahagiaan.Kerakusan terhadap dunia tidak menjanjikan ketenangan.Keinginan yang satu dalam seribu tidak akan menemukan kebahagiaan.Sebaliknya,keimanan dan kecintaan terhadap Tuhan yang menghulur kunci pembuka pintu kebahagiaan.Itulah Jannah yang dijanjikan Allah..

Bukan waktu susah sahaja yang perlu kita pandang ke arah kiblat.Bukan waktu tekanan menerjah sahaja yang perlu kita tangiskan.Bukan saat kekuatan tumpah sahaja kita perlu menyembah Allah.Hakikatnya, susah dan senang semuanya dipanjatkan kepada Allah.Tika wang ada di genggaman mahupun wang ada di dalam impian perlulah kita rendahkan diri untuk Ilahi sepenuh hati.

Umpama cerita keluarga tadi, biarlah kita menjadi seorang peminta yang menyerahkan sepenuh harapan kepada pencipta.Jangan kita menjadi peminta tetapi tatkala bahagia kepada Allah kita lupa.Begitulah hakikat yang sepatutnya berlaku dalam kehidupan ini.

Akhirnya, saya iringi penutup entri ini dengan petikan puisi dari novel pemberian sahabat,NYATA KEKOSONGAN YANG PERLU DIISI ITU ADALAH KECINTAAN YANG MENGGUNUNG TERHADAP ILAHI~

Saat tetamu sepi mengetuk hati,

Ada satu kekosongan yang dirasai,

Jiwa kontang mulai menagih simpati,

Pada insan yang menjual harga diri,

Jauh dari kasih-Nya yang abadi,

Wahai jiwa yang kontang,

Inilah iman yang gersang,

Membuat hati sentiasa walang,

Merindui Tuhan memberi petunjuk,

Agar nafsu dalam sentiasa tunduk,

Pada Allah ku cuba sentiasa tawadhuk,

Agar cinta yang didambakan beralih bentuk,

Dalam hati subur mewangi,

Kasihnya Allah tiada bertepi,

Inilah cinta yang ku cari selama ini,

Doa harapan ku ukir setiap hari,

Agar cinta Ilahi ini berkekalan di hati….

Sekian,

Bersama Menuju Iman Sejati…


No comments:

Post a Comment

Hal paling kejam yang seseorang lakukan kepada orang lain adalah membiarkannya jatuh cinta,sementara kamu tidak berniat untuk menangkapnya..
Related Posts with Thumbnails

aku

Aku tak tahu perjalanan hidupmu terlalu setianya kau pada rahsia apa yang kutahu adalah apa yg kau pamerkan sekarang waktu silammu masih selingkar rahsia tak dapat kuteka apa yang bermain difikiranmu.. Tak pernah kau bercerita tentang sejarah hidupmu kau enggan menjawab pertanyaan ikhlasku membiarkan aku dengan seribu persoalan tanpa jawapan yang pasti aku tak berdaya mendesakmu lagi.. Apa yang hanya kau luahkan hidupmu tak seindah mimpi perjalananmu penuh liku kau tak mahu menoleh lagi pada hari-hari semalam niatmu kini hanya memandang hari esok dan menebus kesilapan lalu membuktikan sesuatu yang jitu.. Tanpa ulasan lanjut kau kembali membisu setiap kali kubertanya latar hidupmu kau hanya geleng kepala apabila kuajukan tentang keluargamu ada airmata bergenang namun kau paksa dirimu bertahan agar ia tak tumpah membasahi pipimu.. Penderitaan terlukis pada wajahmu matamu terpamer kelukaan saat itu aku tahu kau benar-benar menyimpan rahsia dan kau tak ingin membicarakan walau pada sesiapa walau pada diriku..Kini kumengerti aku tak akan bertanya lagi..

Templates online

Seandainya kita diciptakan untuk menjadi satu,pasti suatu ketika kita akan bertemu.Seandainya kita diciptakan untuk tidak bersatu. Walau dekat selalu kau takkan jadi kepunyaanku.Jangan membenci atau menyalahkan cinta jika kamu sampai terluka kerananya..Cinta yang tulus & suci tidak akan pernah menyakiti jika kita menyikapinya dengan indah pula.. Selangkah kita menghampiriNya seribu langkah DIA menghampiri kita.. berbeza dengan cinta manusia.. semakin kita cuba menjejakinya semakin luas langkahnya meninggalkan kita.. kalau bertaut pun pasti terlerai, kalau terbina mahligai pun pasti bakal dicarinya insan kedua dan seterusnya...