" Andaikan aku halal baginya tentu aku akan turun mengusap airmatanya dan membawanya ke tempat yang jauh dari linangan airmata selama-lamanya "

http:// kiranakusayang.blogspot.com

Aku ingin terbang bebas..

Salam Taaruf..

Salam Taaruf..

kata-kata cinta..

Aku tak tahu perjalanan hidupmu terlalu setianya kau pada rahsia apa yang kutahu adalah apa yg kau pamerkan sekarang waktu silammu masih selingkar rahsia tak dapat kuteka apa yang bermain difikiranmu.. Tak pernah kau bercerita tentang sejarah hidupmu kau enggan menjawab pertanyaan ikhlasku membiarkan aku dengan seribu persoalan tanpa jawapan yang pasti aku tak berdaya mendesakmu lagi.. Apa yang hanya kau luahkan hidupmu tak seindah mimpi perjalananmu penuh liku kau tak mahu menoleh lagi pada hari-hari semalam niatmu kini hanya memandang hari esok dan menebus kesilapan lalu membuktikan sesuatu yang jitu.. Tanpa ulasan lanjut kau kembali membisu setiap kali kubertanya latar hidupmu kau hanya geleng kepala apabila kuajukan tentang keluargamu ada airmata bergenang namun kau paksa dirimu bertahan agar ia tak tumpah membasahi pipimu.. Penderitaan terlukis pada wajahmu matamu terpamer kelukaan saat itu aku tahu kau benar-benar menyimpan rahsia dan kau tak ingin membicarakan walau pada sesiapa walau pada diriku..Kini kumengerti aku tak akan bertanya lagi..

Monday, October 5, 2009

Membaca di masa lapang..


CINTA, suatu lafaz ‘keramat’ yang acap kali khalayak membicarakan tentangnya – dari yang bernama remaja sehinggalah insan-insan yang usianya ditelan senja. Ia diibaratkan hembusan nafas untuk sebuah kehidupan, suatu anugerah kurniaan Ilahi. CINTA, sebahagian naluri insani; ingin berCinta dan diCintai. Tapi, CINTA – tidak selamanya mengarah dan menjurus kepada perilaku seksual semata. Masih ada CINTA lain yang harus kita perhatikan dan dambakan sentiasa – suatu hakikat yang sering dilupakan. Apakah CINTA itu?
Cinta kepada Islam…
Cinta kepada saudara seIslam…
Cinta akan keadilan dan kebenaran…

Itupun, masih banyak bunga-bu
nga CINTA yang belum dibicarakan, yang terukir indah di bawah naungan CINTA Allah dan Rasul-Nya! Semoga, huraian dan paparan penulis membawa kepada pemahaman CINTA dalam erti kata sebenar – CINTA yang tidak hanya sebatas di bumi, tetapi menerobos ke alam Syurgawi!
Seindah-indah CINTA
adalah CINTA kepada
Penggenggam alam semesta..
Kepada yang Maha Mencinta
yang tiada pernah putus CintaNya

yang kekal CintaNya…
DIAlah ALLAH!

ALLAH yang Maha Agung
Maha Indah, Maha Penyayang
Maha Membela, Maha Mempesona

CINTA kebenaran
CINTA Rasulullah

CINTA semata-mata kerana ALLAH...

Selamat berCINTA!

Novel ringkas ini mengisahkan Qaniah, seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan yang diajar Rasulullah SAW untuk hanya menerima pasangan hidup yang benar-benar dapat mendidik beliau dan keluarga ke jalan rahmat.Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menemui PEMILIK CINTANYA, setelah Allah dan Rasul.


Seringkali hati kita membisikkan kata-kata yang negatif. Malah merungut pada sesuatu yang tidak kena bukan sahaja pada diri sendiri malah pada kehidupan juga persekitaran. Kita lalai dan alpa. Juga sering tidak bersyukur dengan apa yang ada. Namun kita lupa, ALLAH telah menetapkan sesuatu itu seiring dengan keupayaan hamba-NYA.

Hati mengukir kata mengisahkan t
entang rasa hati yang lemah dan sering mempersoalkan tentang kenapa dan mengapa. Dicoret dalam bentuk cerita yang memaparkan senario realiti kehidupan sehari-hari. Dilengkapi dengan padanan ayat-ayat al-Quran yang bersesuaian untuk menenteramkan jiwa.

kata hati, ' kenapalah nasib aku selalu macam ni?'

kata Ilahi, " Wahai sekalian orang-orang yang
beriman! Mintalah pertolongan ALLAH dengan jalan sabar dan solat kerana sesungguhnya ALLAH menolong orang-orang yang sabar." suroh al-Baqarah (2) : 153


Buku ini memberi satu dimensi baru penulisan ilmiah yang menggabungkan mutiara-mutiara pengajaran dalam pembentukan Hati yang sejahtera. Terdapat 60 bab yang membicarakan tentang konsep ketuhanan dan pengabdian yang kudus, dengan huraian yang ringkas, padat dan mudah difahami. Pastinya Hati ini terseret dan tersentuh dengan setiap persoalan yang ditimbulkan yang membawa kita merenung dan menilai di mana letaknya Hati. Hingga akhirnya kita akan bertanya sudah sampaikah masanya untuk kita membawa Hati ini kepada Tuhan?




Motivasi boleh diibaratkan sebagai obor yang mampu menerangi ketika semangat mulai malap dalam diri manusia. Motivasi berupaya mengubah tabiat hidup manusia daripada malas kepada rajin dan produktif, miskin menjadi kaya dan yang paling utama berupaya mengubah tabiat jiwa manusia yang sentiasa dirundung rasa kepayahan kepada kebahagiaan. Untuk itu manusia sentiasa memerlukan motivasi berbentuk luaran, dalaman serta petunjuk dari Pencipta dalam menempuh hidup di dunia yang penuh dugaan dan rintangan.
Kemunculan buku karya pakar motivasi terkenal tanah air, Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj berjudul ’Jangan Main-Main’ pada awal tahun baru 2007 merupakan suatu langkah bijak dan kreatif. Selain daripada strategi pemasaran, kehadiran buku motivasi pada awal tahun tentu dapat memancing minat rakyat Malaysia khususnya dalam merancang dan melakukan anjakan minda ke arah kehidupan yang lebih cemerlang .


Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah. Membuat orang tidak percaya menjadi percaya. Memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.

Setiap insan punya cara tersendiri untuk meluahkan rah
sia hati., tidak kira pada sahabat, teman mahu pun keluarga. Tidak semua rahsia hati mempu diluahkan dengan kata-kata. Maka lahirlah Dairi Sufi yang diselitkan dengan doa, buat renungan untuk insan-insan kerdil yang selalu mengharapkan kredaanNya.



"Wanita lebih baik dan unggul dari lelaki dalam soal cinta. Wanita lebih mendalam cintanya dari lelaki, lebih ikhlas dan lebih besar pengorbanannya demi cinta. Wanita juga banyak menanggung penderitaan dalam cinta berbanding lelaki."
Setiap wanita mengimpikan sebuah perkahwinan bahagia yang diselubungi perasaan cinta dan kasih sayang yang berpanjangan hingga ke akhir hayat. Dalam usaha mencari cinta sejati, berbagai-bagai halangan yang perlu dilalui dan yang pastinya halangan-halangan itu sedikit sebanyak akan membuatkan kita sedih dan patah semangat untuk meneruskan keinginan dalam mencari cinta sejati.
Buku ini menyelitkan rentetan-rentetan cerita dan pengalaman anak-anak gadis yang menghadapi masalah dalam mencari pasangan hidup. Kita harus ingat, tidak semestinya sesebuah perkahwinan itu berakhir dengan kebahagiaan, sebenarnya masih terlalu banyak sumber kebahagiaan yang masih belum kita terokai. Di sini, penulis cuba menyelesaikan masalah mereka dengan memberi nasihat dan cadangan untuk mereka meneruskan kehidupan dengan lebih tenang. Jadi bersabarlah dan jangan terlalu sedih.
Cinta bukan paksaan..
Ia lahir dari dua perasaan,
Kehadirannya tidak di undang,
Perginya tiada yang merelakan,
Kerana...

Ia terlalu sukar untuk dimengertikan... C.I.N.T.A merupakan satu perasaan halus yang sukar diungkapkan dengan kata-kata dan digambarkan dengan perbuatan. Setiap insan mendambakan kasih sayang, kebahagiaan dan ketulusan hati terhadap pasangan masing2.
Buku ini mempersembahkan kepada anda, apa yang selama ini anda cari...
Buku ini adalah jambatan kebahagiaan yang akan melindungi anda dari penipuan atas nama cinta.
Buku ini juga adalah petunjuk bagi jalan yang terang, agar anda meraih cinta sejati yang membahagiakan..

Apakah yang paling di takuti oleh anak-anak gadis masa kini? Masa depan? Walaupun mereka menjalani hidup ini dengan tenang dan bahagia, namun dalam pada itu harus anda akui masih ada banyak perkara yang menyebabkan kegelisahan yang berpanjangan di sebalik semua keceriaan itu.
"Macam mana dengan masa depan saya nanti?"
"Pasangan bagaimana yang harus saya pilih kelak?"
Bukankah persoalan-persoalan seperti ini sentiasa bermain di fikiran anak-anak gadis kita?
Oleh itu, melalui buku ini, penulis bawakan berbagai-bagai kisah penuh inspirasi buat mereka. Kisah-kisah ini di satukan supaya dapat dijadikan panduan dan iktiber serta pengajaran bagi membimbing mereka menjalani hidup yang lebih bermakna. Di samping itu mereka juga perlu sentiasa istiqamah dan seterusnya berserah kepada Allah SWT, insyaAllah masa depan mereka pasti cerah..



Membaca amalan mulia..m'bca di masa lapang???ade ke mse lapang bt ku..huhuhu..Kdg2 la klu dh Xde ape nk bt aku sllunye m'bca..

No comments:

Post a Comment

Hal paling kejam yang seseorang lakukan kepada orang lain adalah membiarkannya jatuh cinta,sementara kamu tidak berniat untuk menangkapnya..
Related Posts with Thumbnails

aku

Aku tak tahu perjalanan hidupmu terlalu setianya kau pada rahsia apa yang kutahu adalah apa yg kau pamerkan sekarang waktu silammu masih selingkar rahsia tak dapat kuteka apa yang bermain difikiranmu.. Tak pernah kau bercerita tentang sejarah hidupmu kau enggan menjawab pertanyaan ikhlasku membiarkan aku dengan seribu persoalan tanpa jawapan yang pasti aku tak berdaya mendesakmu lagi.. Apa yang hanya kau luahkan hidupmu tak seindah mimpi perjalananmu penuh liku kau tak mahu menoleh lagi pada hari-hari semalam niatmu kini hanya memandang hari esok dan menebus kesilapan lalu membuktikan sesuatu yang jitu.. Tanpa ulasan lanjut kau kembali membisu setiap kali kubertanya latar hidupmu kau hanya geleng kepala apabila kuajukan tentang keluargamu ada airmata bergenang namun kau paksa dirimu bertahan agar ia tak tumpah membasahi pipimu.. Penderitaan terlukis pada wajahmu matamu terpamer kelukaan saat itu aku tahu kau benar-benar menyimpan rahsia dan kau tak ingin membicarakan walau pada sesiapa walau pada diriku..Kini kumengerti aku tak akan bertanya lagi..

Templates online

Seandainya kita diciptakan untuk menjadi satu,pasti suatu ketika kita akan bertemu.Seandainya kita diciptakan untuk tidak bersatu. Walau dekat selalu kau takkan jadi kepunyaanku.Jangan membenci atau menyalahkan cinta jika kamu sampai terluka kerananya..Cinta yang tulus & suci tidak akan pernah menyakiti jika kita menyikapinya dengan indah pula.. Selangkah kita menghampiriNya seribu langkah DIA menghampiri kita.. berbeza dengan cinta manusia.. semakin kita cuba menjejakinya semakin luas langkahnya meninggalkan kita.. kalau bertaut pun pasti terlerai, kalau terbina mahligai pun pasti bakal dicarinya insan kedua dan seterusnya...