" Andaikan aku halal baginya tentu aku akan turun mengusap airmatanya dan membawanya ke tempat yang jauh dari linangan airmata selama-lamanya "

http:// kiranakusayang.blogspot.com

Aku ingin terbang bebas..

Salam Taaruf..

Salam Taaruf..

kata-kata cinta..

Aku tak tahu perjalanan hidupmu terlalu setianya kau pada rahsia apa yang kutahu adalah apa yg kau pamerkan sekarang waktu silammu masih selingkar rahsia tak dapat kuteka apa yang bermain difikiranmu.. Tak pernah kau bercerita tentang sejarah hidupmu kau enggan menjawab pertanyaan ikhlasku membiarkan aku dengan seribu persoalan tanpa jawapan yang pasti aku tak berdaya mendesakmu lagi.. Apa yang hanya kau luahkan hidupmu tak seindah mimpi perjalananmu penuh liku kau tak mahu menoleh lagi pada hari-hari semalam niatmu kini hanya memandang hari esok dan menebus kesilapan lalu membuktikan sesuatu yang jitu.. Tanpa ulasan lanjut kau kembali membisu setiap kali kubertanya latar hidupmu kau hanya geleng kepala apabila kuajukan tentang keluargamu ada airmata bergenang namun kau paksa dirimu bertahan agar ia tak tumpah membasahi pipimu.. Penderitaan terlukis pada wajahmu matamu terpamer kelukaan saat itu aku tahu kau benar-benar menyimpan rahsia dan kau tak ingin membicarakan walau pada sesiapa walau pada diriku..Kini kumengerti aku tak akan bertanya lagi..

Wednesday, October 7, 2009

Ratuku..Pesanan buat wanita..


Insan yang dikasihi....♥
Peliharalah auratmu walau di mana kau berada...Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu....

Insan yang dikasihi....♥
Pelihara solatmu,tundukkan pandangan matamu di hadapan lelaki yang bukan milikmu... Kelak engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah. Moga-moga dirimu disambut penuh kasih sayang oleh bidadari syurga Ainul Mardhiah...

Insan yang dikasihi...♥
Berakhlak dari panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya. Pasti engkau yang bahagia. Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan wanita solehah sepertimu....

Insan yang dikasihi....♥
Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga di celah kaca, ikuti perintah agama, jauhi larangannya. Al-Quran panduan hidupmu, Hadith jadi sumber rujukanmu...

Insan yang dikasihi....♥
Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu di dada. Renungilah masa depanmu, tetapkan iman di dada, moga ia menjadi perisai buat dirimu. Jangan kail panjang sejengkal lautan dalam hendak diduga...

Ratuku,
Inginku luahkan,
Apa yang sudah lama ingin kuluahkan,
Tentang kebimbangan ini,
Tatkala melihat bunga-bunga berguguran,
Dipetik tangan-tangan yang ganas,
Lagi bernafsu serakah.
Ratuku,
Kebimbangan ini masih menebal,
apabila ku dengar,
Dengungan kumbang perosak,
Yang cuba menyedut madumu,
Walau tanpa relamu.
Ratuku,
Kebimbanganku bertambah lagi,
Bilaku melihat bunga yang tak segan silu,
Melampiaskan kecantikannya,
Ketika sedang mekar,
Melupakan kuntuman
Yang sebelum ini melindunginya
Ratuku,
Aku masih terpinga-pinga,
Masih wujudkah lagi,
Ratu idaman hatiku,
Kerana apa yang aku lihat hari ini,
Semakin banyak bunga-bunga gugur,
Bagaikan tibanya musim luruh.
Ratuku,
Bukanlah ku harapkan,
Kau segigih Siti Hawa,
Yang berlari-lari antara Safa dan Marwah,
Bukan juga sesetia ‘Ainul Mardhiah,
Menanti kekasihnya di pintu syurga.
Ratuku,
Akuilah hakikat yang tersurat,
Engkau bukanlah Siti Khadijah,
Mahupun Siti Fatimah…
Engkau bukan ‘Aisyah,
Bukan juga Rabi’atul Adawiyah,
Wanita suci terpuji…
Kerana aku tidak layak,
Berharapkan sedemikian rupa,
Cukuplah sekadar,
Kau cuba mencontohi bunga-bunga itu,
Kembang mekar mewangi,
Sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga…
Jangan kau risau ratuku,
Kadang-kala musim berganti,
Sehingga bunga tak dapat berkembang mekar,
Tapi.. itu hanya ujian buatmu.
Ratuku,
Esok musim bunga pasti akan tiba,
Dan kau mampu berkembang lagi,
Cuma yang ku harapkan ketika itu,
Kau jaga kelopakmu itu,
Jangan sampai tangan-tangan kasar,
Memetikmu lagi…
Jangan pula kumbang-kumbang ganas,
Menghisap madumu…
Jangan biar gagak-gagak hitam itu,
Merosakkan serimu…
Kerana,
Kau ratu idaman kalbu.
Ratuku,
Aku bukanlah memandang kecantikanmu,
Walaupun kadang-kali,
Aku tertarik memandangnya,
Tapi…
Bukan itu yang kuharapkan,
Aku yakin ratuku,
Masih ada sinar harapan,
Yang bias membuatmu tersenyum lega,
Kerana akan kutemui,
Ratu yang benar-benar ratu…
insyaALLAH…
Pesanan buat Sang Ratu…

Diadaptasi daripada Sajak “Untukmu Ratu”

No comments:

Post a Comment

Hal paling kejam yang seseorang lakukan kepada orang lain adalah membiarkannya jatuh cinta,sementara kamu tidak berniat untuk menangkapnya..
Related Posts with Thumbnails

aku

Aku tak tahu perjalanan hidupmu terlalu setianya kau pada rahsia apa yang kutahu adalah apa yg kau pamerkan sekarang waktu silammu masih selingkar rahsia tak dapat kuteka apa yang bermain difikiranmu.. Tak pernah kau bercerita tentang sejarah hidupmu kau enggan menjawab pertanyaan ikhlasku membiarkan aku dengan seribu persoalan tanpa jawapan yang pasti aku tak berdaya mendesakmu lagi.. Apa yang hanya kau luahkan hidupmu tak seindah mimpi perjalananmu penuh liku kau tak mahu menoleh lagi pada hari-hari semalam niatmu kini hanya memandang hari esok dan menebus kesilapan lalu membuktikan sesuatu yang jitu.. Tanpa ulasan lanjut kau kembali membisu setiap kali kubertanya latar hidupmu kau hanya geleng kepala apabila kuajukan tentang keluargamu ada airmata bergenang namun kau paksa dirimu bertahan agar ia tak tumpah membasahi pipimu.. Penderitaan terlukis pada wajahmu matamu terpamer kelukaan saat itu aku tahu kau benar-benar menyimpan rahsia dan kau tak ingin membicarakan walau pada sesiapa walau pada diriku..Kini kumengerti aku tak akan bertanya lagi..

Templates online

Seandainya kita diciptakan untuk menjadi satu,pasti suatu ketika kita akan bertemu.Seandainya kita diciptakan untuk tidak bersatu. Walau dekat selalu kau takkan jadi kepunyaanku.Jangan membenci atau menyalahkan cinta jika kamu sampai terluka kerananya..Cinta yang tulus & suci tidak akan pernah menyakiti jika kita menyikapinya dengan indah pula.. Selangkah kita menghampiriNya seribu langkah DIA menghampiri kita.. berbeza dengan cinta manusia.. semakin kita cuba menjejakinya semakin luas langkahnya meninggalkan kita.. kalau bertaut pun pasti terlerai, kalau terbina mahligai pun pasti bakal dicarinya insan kedua dan seterusnya...