" Andaikan aku halal baginya tentu aku akan turun mengusap airmatanya dan membawanya ke tempat yang jauh dari linangan airmata selama-lamanya "

http:// kiranakusayang.blogspot.com

Aku ingin terbang bebas..

Salam Taaruf..

Salam Taaruf..

kata-kata cinta..

Aku tak tahu perjalanan hidupmu terlalu setianya kau pada rahsia apa yang kutahu adalah apa yg kau pamerkan sekarang waktu silammu masih selingkar rahsia tak dapat kuteka apa yang bermain difikiranmu.. Tak pernah kau bercerita tentang sejarah hidupmu kau enggan menjawab pertanyaan ikhlasku membiarkan aku dengan seribu persoalan tanpa jawapan yang pasti aku tak berdaya mendesakmu lagi.. Apa yang hanya kau luahkan hidupmu tak seindah mimpi perjalananmu penuh liku kau tak mahu menoleh lagi pada hari-hari semalam niatmu kini hanya memandang hari esok dan menebus kesilapan lalu membuktikan sesuatu yang jitu.. Tanpa ulasan lanjut kau kembali membisu setiap kali kubertanya latar hidupmu kau hanya geleng kepala apabila kuajukan tentang keluargamu ada airmata bergenang namun kau paksa dirimu bertahan agar ia tak tumpah membasahi pipimu.. Penderitaan terlukis pada wajahmu matamu terpamer kelukaan saat itu aku tahu kau benar-benar menyimpan rahsia dan kau tak ingin membicarakan walau pada sesiapa walau pada diriku..Kini kumengerti aku tak akan bertanya lagi..

Friday, October 2, 2009

Semanis kurma..

Ske tgk sEman!s kuRma..Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood & Ustaz Wan Akashah..Ari2 de stu tajuk nie yg menarik perhatian ku..Hantaran Tinggi..Pers0alannye ade ape ngn hantaran tinggi..???adakah hnye nk menunjuk2 mhupn trend atau satu keperluan..Aku tidak meletakkn harga pd diri aku..Ikut kemampuan sese0rg 2 nk bg n ikut keikhlasan hatinye thdp aku..c0z aku bkn nk jual diri..
Sejak akhir-akhir ini, berlaku fenomena ibu bapa meletakkan wang hantaran yang tinggi kepada anak-anak perempuan mereka. Apa ukuran yang dibuat olh ibu bapa tersebut kerana meletakkan harga tinggi ini amat menyukarkan pihak lelaki yang berkeinginan untuk berkahwin. Tidak kiralah, samada mereka ini telah lama kenal , telah bercinta atau pun melalui sesuatu badan seperti Baitul Muslim.

Isu ini sentiasa berlaku walaupun telah beberapa kali ditegur oleh mufti, agamawan dan sebagainya. Tetapi ia tetap berterusan tanpa mengetahui puncanya. Apa yang menyedihkan pihak lelaki akan terus menjadi mangsa keadaan selama2nya sekiranya ibu bapa khususnya masih lagi gagal memahami isu sebenar mas kahwin. Sebagai menyokong pandangan ini, saya kepilkan bersama komen Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid, yang menyatakan pandangannya tentang isu mahar yang tinggi.Beliau berkata dari sudut agama memang tidak menjadi kesalahan bagi mereka berkemampuan, namun perkara itu akan dinilai sebagai perbuatan menunjuk-nunjuk oleh masyarakat.Beliau berkata, bakal pengantin tidak sewajarnya menjadikan matlamat perkahwinan berasaskan hantaran tinggi sebaliknya perlu mengutamakan kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga pada masa depan.Katanya, beliau juga khuatir jika perkara itu terus menjadi ikutan, matlamat perkahwinan mungkin disalah erti terutama bagi generasi muda.


Manakala Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria, berkata trend mas kahwin dan hantaran mewah boleh dilakukan jika mampu, tetapi tidak perlu dihebahkan kerana dibimbangi boleh menimbulkan pelbagai impak negatif dalam masyarakat. Katanya dengan perkembangan trend itu sekarang, kita khuatir wanita muda hanya akan mengejar lelaki berusia yang berstatus tinggi dan banyak wang sekali gus meningkatkan kuantiti lelaki yang tidak berkahwin. Ia juga boleh menimbulkan prasangka, hasad dengki dan iri hati di kalangan masyarakat. Memandangkan kita hidup bermasyarakat, kita perlu mengambil kira sensitiviti golongan kurang berkemampuan dan miskin.


Antara 'ground' (hujjah) yang diketangahkan mengapa mahar tinggi:
1. Dah itu harga pasaran sekarang (jual anak ke?)
2. Kalau dia tak mampu bagi tinggi, macam mana dia nak tanggung hidup anak kita?
3. Hanya orang yang sanggup bayar sahaja akan di terima lamarannya.
4. Malu pada keluarga dan jiran kalau 'letak harga' terlalu rendah.
5. Anak kita anak dara, barang baru, bukan barang second hand tau.

Kesan apabila harga Mahar tinggi:
a. Kita pakat himpun bersama-sama sampai cukup (joint account).
b. Kita pinjam lah merata pastu sesama ler bayar bila dah nikah nanti.
c. Kita kawin lari jer lah.
d. Tak payah kawin, kita tinggal sama sampai TER ....

Apakah akibat meletakkan 'harga tinggi' ini?
a) Lambatkan perkahwinan sedang umur gadis semakin lanjut.
b) Menutup peluang gadis untuk di lamar oleh orang yang dia cintai.
c) Menyebabkan kemungkinan berlakunya perzinaan.
d) Menyebabkan anak menanggung hutang yang tinggi.
e) Mendahulukan 'malu' pada masyarakat dari hukum 'wajib' menikahkan.

MAHAR disebut juga sebagai mas kahwin yang bermaksud satu pemberian yang diwajibkan Allah SWT ke atas suami untuk isterinya sebagai tanda penghormatan dan kasih sayang.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan berikanlah kepada perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib..." (An-Nisa': 4).
Imam al-Mawardi dalam kitabnya al-Hawi al-Kabir menyebut bahawa ayat ini ditujukan kepada suami sebagai satu perintah daripada Allah yang mengarahkan suami supaya memberikan mas kahwin kepada isteri mereka dan ayat ini pada masa yang sama ditujukan kepada wali pengantin perempuan pada zaman Jahiliah kerana mereka mengambil mas kahwin dan tidak diberikan kepada pengantin perempuan.

Allah SWT menggunakan perkataan nihlah merujuk mas kahwin dalam ayat di atas sebagai satu penegasan bahawa mas kahwin ialah pemberian khas daripada Allah untuk pengantin perempuan diwajibkan ke atas pengantin lelaki yang menjadi milik mutlak wanita dan bukannya milik wali atau keluarga wanita berkenaan.

Ini adalah satu batas sempadan baru yang membezakan amalan orang Islam dengan amalan orang Jahiliah sebelum kedatangan Islam dan satu batas sempadan baru yang membezakan syariah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, Rasul terakhir dengan syariah nabi dan rasul yang terdahulu.
Masyarakat Melayu terkenal dengan masyarakat berbudi bahasa, bersopan santun dan beradat resam. Antara ungkapan yang popular yang berkaitan dengan adat dan budaya kita ialah 'biar mati anak jangan mati adat.'

Islam tidak pernah memusuhi adat dan budaya selagi adat itu tidak bercanggah dengan prinsip asas yang ada dalam ajaran Islam serta menguntungkan umat Islam.

Antara adat resam kita di sesetengah negeri berkaitan adat perkahwinan ialah pemberian wang hantaran kepada pihak keluarga isteri.

Perbezaan ketara antara mahar dan hantaran ialah mahar satu perkara wajib yang disebut dengan jelas dalam al-Quran dan A-Sunnah al-Nabawiah, manakala wang hantaran adalah satu perkara harus yang menjadi amalan masyarakat setempat.
Pada masa kini, wang hantaran lebih diutamakan masyarakat berbanding mahar. Ini bermakna kita mengutamakan perkara harus melebihi perkara wajib. Buktinya, rata-rata mahar yang disebut ketika akad berbentuk puluhan ringgit atau ratusan ringgit saja, manakala hantaran pula berbentuk puluhan ribu ringgit.

Ramai yang beranggapan bahawa mahar yang diberikan kepada isteri perlu sedikit agar rumah tangga lebih diberkati. Andaian ini berasaskan kepada sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Bahawa sebaik-baik nikah yang berkat itu ialah yang paling mudah mas kahwinnya." (Riwayat Abu Daud).

Benarkah keberkatan sesebuah perkahwinan diukur dengan melihat kepada nilai mahar yang sedikit atau rendah? Jika mahar yang diberikan dalam jumlah yang rendah dan disebut dalam akad oleh pengantin lelaki seperti: "Aku terima nikahnya Pulanah binti Pulan untuk diriku dengan mas kahwin sebanyak RM99 tunai," namun pada masa sama pengantin lelaki terbeban dengan jumlah wang 'hangus' yang tidak disebut sebagai mahar tetapi disebut sebagai wang hantaran berjumlah puluhan ribu ringgit sehingga mencecah angka RM99,999.99 atau lebih daripada itu. Persoalannya adakah perkahwinan itu amat diberkati Ilahi.

Imam al-Ghazali dalam kitab Al-Mustasfa ada menyebut lima asas penting Maqasid Syarak iaitu untuk menjaga agama, diri (jiwa raga), akal, keturunan dan harta. Perkahwinan dalam Islam bermatlamat menjaga kesucian keturunan manusia agar terus berkekalan ke akhir zaman. Islam menolak perbuatan zina kerana ia boleh mengancam institusi keluarga dan hidup berumah tangga yang menjadi asas penting dalam pembinaan masyarakat.

Melihat kepada makna tersirat di sebalik kaitan keberkatan dalam rumah tangga dan rendahnya mas kahwin, Iman al-Shan'ani pengarang kitab Subul al-Salam menegaskan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah ialah disunatkan berkahwin dengan mas kahwin yang rendah dan ringan.

Imam al-Shaukani, pengarang kitab Nailul al-Author menyebut bahawa apa yang tersirat di sebalik hadis itu ialah jika mas kahwin itu rendah, sedikit dan mudah, hal ini bertujuan tidak merumitkan bakal pengantin mendirikan rumah tangga, ramai pasangan akan dapat mendirikan rumah tangga tanpa mengira mereka itu daripada golongan miskin atau kaya.

Dengan ada perkahwinan, sudah pasti akan bertambahnya bilangan umat Islam dan membanyakkan bilangan umat Islam adalah matlamat dan wawasan utama perkahwinan dalam Islam.

Nabi bersabda yang bermaksud: "Berkahwinlah (dengan wanita yang berakhlak mulia dan yang subur, sesungguhnya aku akan berbangga dengan jumlah kamu yang ramai. (Riwayat Abu Daud). Jelas matlamat asal hadis berkaitan rendahnya mas kahwin wanita ialah untuk mengelakkan pasangan lelaki daripada dibebani dengan hutang yang cukup berat selepas bergelar suami atau menyukarkan mereka daripada mendirikan rumah tangga lantas mereka bergelombang dengan dosa khalwat atau perzinaan.

Namun tercapaikah apa yang tersirat di sebalik hadis itu dengan apa yang berlaku dalam masyarakat kita iaitu adat dan budaya telah membebankan pasangan pengantin lelaki bukan atas nama mas kahwin tetapi wang hantaran perkahwinan yang akhirnya menjadi wang hangus hanya sekadar membiayai majlis perkahwinan itu sendiri.

Dalam Islam mengadakan majlis perkahwinan ialah sunnah fadilah yang digalakkan, namun disunatkan mengikut tahap kemampuan pasangan pengantin lelaki.

Sudahlah jatuh ditimpa lagi dengan tangga, bagi bakal pengantin lelaki yang tidak berkemampuan kerana terpaksa membiayai dua kenduri serentak, satu di rumah isteri atas nama wang hantaran dan satu di rumah sendiri, hal ini tentulah membebankan pasangan pengantin lelaki.

Dalam menghadapi kegawatan ekonomi adalah wajar kita menilai kembali adat yang tidak menguntungkan masyarakat kita terutama bagi mereka yang tidak berkemampuan, sewajarnya ungkapan 'biar papa asal bergaya' sudah tidak ada dalam pemikiran masyarakat kita setelah 52 tahun kita mencapai kemerdekaan .

Apa guna menjadi raja sehari tetapi menjadi hamba menanggung hutang buat selama-lamanya lantaran tingginya wang hantaran yang ditetapkan.

Lebih memedihkan lagi, tanpa mengira suami atau isteri, jika rumah tangga juga turut 'terbakar hangus' bersama wang hangus dan hanya dapat bertahan seminggu atau sebulan atau setahun.

Meninggikan mas kahwin mereka bagi yang berkemampuan atau meninggikan bayaran wang hantaran bagi yang berkemampuan bukanlah satu kesalahan jika mahar yang tinggi itu tidak menyusahkan dan menyukarkan proses pernikahan dan dilakukan dengan tulus ikhlas dan tidak disertakan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk atau berada dalam perlumbaan meninggikan mahar atau wang hantaran.

Ada kalanya mahar yang tinggi milik mutlak isteri jika diurus dengan baik boleh dijadikan payung ketika hujan, bukankah menyediakan payung sebelum turunnya hujan satu sifat yang terpuji.

Apabila hari hujan tempat berteduh pasti dicari, adalah lebih baik meninggikan mas kahwin dengan kadar yang sepatutnya yang bakal digunakan, contohnya sebagai pendahuluan membeli rumah sebagai tempat berteduh yang kekal yang pasti akan membahagiakan pasangan yang baru berkahwin daripada dihanguskan wang berkenaan kerana namanya wang hangus semata-mata untuk berbangga dengan majlis perkahwinan dan hasilnya ialah ucapan pujian daripada tetamu kedengaran kerana indah dan gahnya majlis perkahwinan, namun pasangan suami isteri kekal berteduh di rumah sewa.

Masihkah kita ingin bersikap menang sorak kampung tergadai atau bersederhana yang pastinya sifat terpuji.
Oleh yang demikian, kita sepatutnya kembali kepada sunnah rasulullah. Nabi pernah bersabda, "Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ." ( Riwayat Bukhari )

~Bercakap m'genai s0al hantaran yg m'jd trend skrgnie,aku serahkn pd pihak lelaki seikhlas brpe yg die nk bg sb aku bkn jual diri,aku X perlukn hantaran RM10-20K..Aku X m'ltak hrga utk nilai diri sendiri n hrga cnta aku..Aku ada tulang 4 kerat n aku bleh b'usaha,knpe prlu m'harap dgn lelaki??Suami bkn utk dibebani,tp utk d senangi..Isteri plak bkn utk dibeli,tp tuk dikasihi..






No comments:

Post a Comment

Hal paling kejam yang seseorang lakukan kepada orang lain adalah membiarkannya jatuh cinta,sementara kamu tidak berniat untuk menangkapnya..
Related Posts with Thumbnails

aku

Aku tak tahu perjalanan hidupmu terlalu setianya kau pada rahsia apa yang kutahu adalah apa yg kau pamerkan sekarang waktu silammu masih selingkar rahsia tak dapat kuteka apa yang bermain difikiranmu.. Tak pernah kau bercerita tentang sejarah hidupmu kau enggan menjawab pertanyaan ikhlasku membiarkan aku dengan seribu persoalan tanpa jawapan yang pasti aku tak berdaya mendesakmu lagi.. Apa yang hanya kau luahkan hidupmu tak seindah mimpi perjalananmu penuh liku kau tak mahu menoleh lagi pada hari-hari semalam niatmu kini hanya memandang hari esok dan menebus kesilapan lalu membuktikan sesuatu yang jitu.. Tanpa ulasan lanjut kau kembali membisu setiap kali kubertanya latar hidupmu kau hanya geleng kepala apabila kuajukan tentang keluargamu ada airmata bergenang namun kau paksa dirimu bertahan agar ia tak tumpah membasahi pipimu.. Penderitaan terlukis pada wajahmu matamu terpamer kelukaan saat itu aku tahu kau benar-benar menyimpan rahsia dan kau tak ingin membicarakan walau pada sesiapa walau pada diriku..Kini kumengerti aku tak akan bertanya lagi..

Templates online

Seandainya kita diciptakan untuk menjadi satu,pasti suatu ketika kita akan bertemu.Seandainya kita diciptakan untuk tidak bersatu. Walau dekat selalu kau takkan jadi kepunyaanku.Jangan membenci atau menyalahkan cinta jika kamu sampai terluka kerananya..Cinta yang tulus & suci tidak akan pernah menyakiti jika kita menyikapinya dengan indah pula.. Selangkah kita menghampiriNya seribu langkah DIA menghampiri kita.. berbeza dengan cinta manusia.. semakin kita cuba menjejakinya semakin luas langkahnya meninggalkan kita.. kalau bertaut pun pasti terlerai, kalau terbina mahligai pun pasti bakal dicarinya insan kedua dan seterusnya...